Friday, April 16, 2010

Ibu dan Bapa yang 'terbuang' ??


"Ayah dan ibu, ayah dan ibu..itulah permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari...ahai..Yang dikurniakan dari ilahi, ahai...  
         Ayah dan ibu, ayah dan ibu.. mesti dihormati...ayah dan ibu, ayah dan ibu wali wali keramat pada mereka kita beri hormat..ahai..
pakailah tunjuk ajar dan nasihat..ahai..supaya hidup akan selamat.."  (lagu: Allahyarham Sudirman HJ Arshad)

       Dewasa ini ana melihat dan mendengar makin bertambah kes pembuangan bayi di negara Malaysia. Bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang ke dalam longkang, tong sampah, lubang tandas dan sebagainya tanpa sekelumit rasa kasihan dan kesal. Media massa cetak mahupun elektronik pula galak menghebahkan fenomena kes. Ahli politik dan wakil rakyat pantas bertindak menghulurkan bantuan dan melahirkan keperihatinan mereka.

         Namun hari ini, ana mengajak kepada sahabat pembaca untuk tidak memandang sebelah mata satu lagi fenomena yang sebenarnya berlaku dan 'membudaya' dalam masyarakat kita iaitu... 'BUANG IBU BAPA'.Eh, agak kasar bunyinya..tetapi inilah yang berlaku dan merebak dalam masyarakat hari ini samada disedari atau pun tidak. Ramai anak-anak masa kini terutama yang 'sibuk' dengan kehidupan masing-masing sanggup menghantar ibu bapa yang sudah tua ke rumah orang-orang tua. Walau pun, 'tidak membuang' ke dalam tong sampah, tepi jalan mahupun longkang tetapi menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang-orang tua adalah salah suatu perbuatan yang sangat tidak mengenang budi dan hina.


Nah! Lihat saja laporan akhbar perdana di atas, bagaimana jelas menyatakan 70% penghuni Rumah Seri Kenangan di hantar darah daging sendiri ke sana. Statistik juga menunjukkan bangsa Melayu iaitu yang beragama Islam adalah bangsa yang tertinggi menghuni rumah tersebut.