Friday, August 13, 2010

Oh MAK..

"Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka,dan izinkanlah mereka menziarahi rumahMu pada tahun ini.... Kaulah yang maha Pengasih, maha mengetahui lagi maha Pengatur segalanya..Ameen"

           Mak sejak akhir-akhir ni nampak tidak sihat. Selalu sengal-sengal kaki dan badan. Penyakit lamanya iaitu lelah pun kadang2 menjengah..Mak yang kini berusia 64 tahun sudah tidak secergas dulu. Garis-garis kedut di muka dan tangannya jelas kelihatan. Mak seorang yang aktif, suka buat kerja daripada duduk diam...pagi-pagi siram bunga dihalaman rumah, mencabut rumput dari pasu-pasu bunga dan mencakar daun-daun kering di halaman rumah. Tapi sekarang mak tak boleh berdiri lama-lama, kaki rasa sengal katanya. Ramadhan kali ini mak kadang-kadang solat terawih dalam keadaan duduk. Hanya mampu buat 8 rakaat sahaja, tidak seperti tahun2 sebelum ini .Rasa sayu sangat tengok mak. Mak pun dah tak berani bawa kereta, jadi tugasku atau ayah membawa mak bertadarus di masjid dan kelas-kelas pengajian.

          Sebagai anak, kadang-kadang rasa tak nak percaya yang mak dah semakin tua. Rasa sedih dan risau bila mak sakit. Tambahan pula tahun ni mak dan ayah termasuk dalam senarai 'menunggu' untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, walaupun dalam senarai menunggu, pihak tabung haji meminta membuat segala persediaan seperti pasport, pemeriksaan kesihatan dan menghadiri kursus intensif. Harapnya mak dan ayah berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Mak kadang-kadang risau dengan kesihatannya, mampukah dia berjalan jauh di Makkah atau Madinah nanti? larat ke nak tawaf Kaabah 7 kali?..Ana cakap pada mak, "InsyaAllah boleh, buat perlahan-lahan..kita berdoa banyak2 Allah bagi kesihatan yang baik..kena yakin dan kuat semangat." Ayah pun kadang-kadang risau dengan kesihatan mak.Kami saling memberi semangat. Walaupun ayah sihat tapi umurnya yang sudah 62 tahun tetap menampakkan bahawa kudratnya bukan seperti dulu. Semakin lama tetap dimakan usia.

         Alhamdulillah ana belum posting lagi..sekurang-kurangnya dapat membantu dan berbakti pada mereka yang selama ni banyak mencurahkan pengorbanan dan kasih sayang mereka kepadaku,  banyak sangat.Tapi hati makin sedih bila memikirkan bakal berjauhan dengan mereka sekali lagi apabila dipostingkan nanti. Namun, hanya kepadaMu ya Allah aku berserah...sesungguhnya penjagaan dan kasih sayangMu yang lebih hebat...


Nukilan hati : 2.12 pagi (3 Ramadhan 1431H)