Friday, September 17, 2010

ADA APA DENGAN 'DUA' ??

Ada apa dengan 'dua' ?? erm.. ana saje nak berkongsi makna '2' dalam kehidupan ana selama ni. Dua ialah nombor selepas satu dan sebelum tiga..semua orang tahu. Nombor 2 banyak berperanan dan mempengaruhi perjalanan hidup ana.. ha, sebelum itu, ana nak jelaskan nombor ni bukan la pegangan apatah lagi iman..satgi jadi syirik tanpa disedari..Nauzubillahi min zalik.

        Dipendekkan cerita, banyak perkara yang memerlukan pilihan dalam kehidupan ana kebanyakkannya berlaku pada pilihan kedua.. Dan semua pilihan kedua tu bila ana tempuhi banyak memberi pengalaman dan pengajaran dalam hidup na. Buktinya?

        Pertama, ketika ingin memilih sekolah asrama ke tingkatan 1..ayah harap na dapat sekolah asrama yang dekat iaitu sekolah Idrisiah (Kuala Kangsar). Ana mengikut pilihan ayah..dan ayah kata kalo tak dapat idrisiah cuba SMKA Sultan Azlan Shah (sekolah yang sama dengan 2 org kakak kembar ana). Alkisahnya, selepas menduduki ujian kemasukan ke sekolah Idrisiah, ana GAGAL..haha..kesian,. Tapi alhamdulillah tidak lama selepas itu ana dapat masuk ke SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Pilihan kedua yang ana dapat..tapi ana sangat bersyukur sebab sekolah tu sangat best dan mengajar ana banyak perkara. 

              Kedua, selesai alam persekolahan..ana perlu memilih untuk ke alam kampus pula. Semua pelajar lepasan SPM perlu mengisi borang UPU untuk memohon mana2 universiti di Malaysia. So, setelah menimbang-tara bidang apa yang ingin ana ceburi di U..ana mengutarakan pilihan ana kepada ayah. Ayah bagi cadangan, " Masuk UIA la Nana (nama manja di rumah,hehe), bagus sket persekitarannya.." Tapi hati kecilku teringin nak masuk UM sebab ada kakak senior pernah datang ke sekolah dan menceritakan suasana tarbiyah di UM Nilam Puri sangat bagus..Erm,tapi tak mengapa..sekali lagi ana turuti kata ayah, ana letak UIA (jurusan ilmu wahyu) sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua pula UM (jurusan Usuluddin)..dan pilihan ketiga sampai ke lapan ..rahsia. Sekali lagi, Alhamdulillah..pilihan kedua juga mengena, ana ditawarkan belajar di UM untuk Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Ya, UM adalah lapangan yang sgt bererti pada ana..sepanjang 5 tahun belajar di UM...terlalu banyak perkara yang ana belajar..berdikari,menajamkan minda, memantapkan kemahiran, mengenal ramai orang dan lain-lain. 

                Ketiga, habis belajar di UM..dipendekkan cerita, ana sambung lagi pengajian ana untuk melayakkan diri menjadi pendidik (cita-cita ana). Ana ambil DPLI..setelah melalui ujian MeDSi dan lulus..ana dipanggil untuk temuduga. Ketika mengisi borang pemohonan dulu..perlu menyatakan opsyen dikehendaki dan 2 pilihan universiti.Pilihan pertama, UM opsyen Pendidikan Islam..dan pilihan kedua ialah UIA opsyen yang sama...Kali ini hati ana harap dapat pilihan pertama sebab mengenangkan dah lama belajar di UM dan mengetahui selok belok UM. Tapi, perancangan Allah juga yang terbaik..ana mendapat UIA..pilihan kedua lagi yang kena. Bila dah belajar di UIA..ana bersyukur sangat..sebab DIA bagi ana suatu pengalaman baru yang ana tak dapat di UM..ana belajar sekelas dengan kenalan-kenalan baru (kecuali Diyana Razali n K.Odah..hehe), belajar dari pensyarah2 baru yang berkaliber di UIA, berorganisasi dengan ahli dan pimpinan persatuan yang baru...housemate rumah sewa yang pelbagai sifat (yang dah jadi mak orang pun ada)..dan banyak lagi. hehe..kesimpulannya..memang pengalaman yang menarik dan tak dapat dilupakan!

                 Keempat, setelah tamat belajar DPLI..tibalah masanya memilih penempatan untuk bekerja nanti.. Ketika mengisi borang penempatan ana tidak fikir banyak...ruang yang disediakan hanya 2 pilihan negeri sahaja. Pilihan pertama pastinya Perak sebab ayah dan mak harap sangat ana dekat dengan mereka setelah bertahun-tahun ana asyik belajar jauh je dari mereka..(sian mak dan ayah..huhu). Pilihan kedua? jeng,jeng,jeng..setelah fikir dengan ringkasnye..ana meletakkan Sabah sebagai pilihan kedua. Letak SABAH?? saje nak dapat sana ke??? kata kawan baik ana..hehe. Sebenarnya, ayah dan mak ana tak tahu pun ana letak Sabah sebagai pilihan kedua..Ana fikir..biarlah ana letak Sabah,sebab ana tahu kami yang bujang ni mesti dihantar ke Borneo...Direktor INSTED pun cakap macamtu. So, setelah menanti  penuh debaran selama hampir 4 bulan..maka dapatlah surat dr KPM yang menyatakan ana ditempatkan di Sabah. Ana hanya mampu tersengih setelah membaca surat tersebut, manakala mak berkata dengan nada sedih "kejamnya diorang ni"..ayah pula hanya mampu menggelengkan kepala. Ana memujuk mak dan ayah dengan menyatakan "tak ape la..Sabah Malaysia juga..jangan risau dan sedih-sedih..DIA Maha Mengetahui yang terbaik.."

              Begitulah alkisahnya dengan 'DUA' dalam kehidupan ana. Sebenarnya..empat cerita di atas adalah antara pilihan terbesar dalam hidup ana dan ana banyak berdoa semoga Allah memberikan yang baik di sisiNya untuk ana..dan bukannya yang baik pd pandangan ana je.. Mungkin kisah 'pilihan ke-2' ini hanya kebetulan...yang penting kita sebagai hamba perlu merancang dan berdoa..manakala Allah jua yang berkuasa menentukan segala kerana DIA Perancang Terbaik! Apabila kita yakin, maka mudah hati ini untuk redha dengan ketetapanNya, kan?? Semoga Allah memberkati hidup ana di Sabah nanti dan memberi rahmat kasih sayang/perlindunganNya kepada ayah dan mak yang bakal jauh dari pandangan mata..Ameen.

Friday, September 3, 2010

Maha Pengampunnya DIA...

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (QS. Asy-Syuuraa: 25)

“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An’aam: 54)

            Ayat-ayat di atas adalah antara ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah s.w.t Maha Penyayang malah Maha Pengampun n Maha menerima taubat hamba-hambaNya. Manusia dijadikan oleh Allah dengan memiliki akal, nafsu dan iman. Ketiga-tiga perkara ni sentiasa 'berlumba' untuk 'mendominasi' diri manusia. Sesungguhnya sesiapa yang menjadikan iman sebagai dominan dalam dirinya, maka insyaAllah redha Allah sentiasa ada untuknya.

         Tetapi manusia ni lemah,kadang-kadang rapuh jiwanya...Tanpa di sedari nafsu menguasai diri pada masa-masa tertentu. Syaitan menggoda kiri kanan depan belakang...hingga akhirnya seorang manusia itu melakukan maksiat dan mungkar. Ah..maksiat dan mungkar itu pelbagai..mengumpat, menipu, menghina orang lain, bergaduh, menderhaka kpd ibu bapa, malas solat, mencuri, minum arak, berzina, dan lain-lain..

         Bila tersedar (alhamdulillah tersedar dan menyedarkan diri) maka persoalan timbul di benak fikiran. "Apakah akan terhapus segala dosa-dosa silam?.sekecil-kecil malah sebesar-besar dosa telahku lakukan..apakah akan terhapus? aku nak masuk syurga tapi rasa tak layak...nak masuk neraka, oh! aku takut...habis di manakah tempatku di akhirat nanti???? Allah..."

       Sebenarnya jangan bimbang...buka al-Quran dan baca kalamNya...nescaya akan jumpa banyak ayat yang menyatakan Allah itu Maha Pengampun. Maka, wahai manusia yang pernah berdosa! bertaubatlah, pohonlah keampunan daripadaNya, jangan sekali-kali berputus asa, berusaha ke arah kebaikan dan yang paling penting kena bersangka baik dengan Allah... Sungguh, sungguh...DIA Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambaNya..Subhanallah, Allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya. Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyak lagi sifat sempurna yang lain.  Allah juga sediakan 1 bulan dalam setahun yang bernama bulan Ramadhan yang mana pintu keampunanNya di buka seluas-luasnya untuk hamba2Nya yang bertaubat  dan memberi rahmat kepada hambaNya yang memanfaatkan Ramadhan. Maka, rahmat Allah yang mana lagi manusia mahu dustakan??

         Erm,tapi ada cara yang lebih terperinci untuk bertaubat? atau ciri-ciri taubat nasuha?
Tak pa...kita jumpa lagi episod akan datang. Tungguuuuu..sebelum itu,  ana saja sertakan di bawah ni lirik lagu Taubat yang dinyanyikan oleh Opick:

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarMu

wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

Ya Robbi, izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku...