“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)
“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (QS. Asy-Syuuraa: 25)
“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An’aam: 54)
Ayat-ayat di atas adalah antara ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah s.w.t Maha Penyayang malah Maha Pengampun n Maha menerima taubat hamba-hambaNya. Manusia dijadikan oleh Allah dengan memiliki akal, nafsu dan iman. Ketiga-tiga perkara ni sentiasa 'berlumba' untuk 'mendominasi' diri manusia. Sesungguhnya sesiapa yang menjadikan iman sebagai dominan dalam dirinya, maka insyaAllah redha Allah sentiasa ada untuknya.
Tetapi manusia ni lemah,kadang-kadang rapuh jiwanya...Tanpa di sedari nafsu menguasai diri pada masa-masa tertentu. Syaitan menggoda kiri kanan depan belakang...hingga akhirnya seorang manusia itu melakukan maksiat dan mungkar. Ah..maksiat dan mungkar itu pelbagai..mengumpat, menipu, menghina orang lain, bergaduh, menderhaka kpd ibu bapa, malas solat, mencuri, minum arak, berzina, dan lain-lain..
Bila tersedar (alhamdulillah tersedar dan menyedarkan diri) maka persoalan timbul di benak fikiran. "Apakah akan terhapus segala dosa-dosa silam?.sekecil-kecil malah sebesar-besar dosa telahku lakukan..apakah akan terhapus? aku nak masuk syurga tapi rasa tak layak...nak masuk neraka, oh! aku takut...habis di manakah tempatku di akhirat nanti???? Allah..."
Sebenarnya jangan bimbang...buka al-Quran dan baca kalamNya...nescaya akan jumpa banyak ayat yang menyatakan Allah itu Maha Pengampun. Maka, wahai manusia yang pernah berdosa! bertaubatlah, pohonlah keampunan daripadaNya, jangan sekali-kali berputus asa, berusaha ke arah kebaikan dan yang paling penting kena bersangka baik dengan Allah... Sungguh, sungguh...DIA Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambaNya..Subhanallah, Allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya. Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyak lagi sifat sempurna yang lain. Allah juga sediakan 1 bulan dalam setahun yang bernama bulan Ramadhan yang mana pintu keampunanNya di buka seluas-luasnya untuk hamba2Nya yang bertaubat dan memberi rahmat kepada hambaNya yang memanfaatkan Ramadhan. Maka, rahmat Allah yang mana lagi manusia mahu dustakan??
Erm,tapi ada cara yang lebih terperinci untuk bertaubat? atau ciri-ciri taubat nasuha?
Tak pa...kita jumpa lagi episod akan datang. Tungguuuuu..sebelum itu, ana saja sertakan di bawah ni lirik lagu Taubat yang dinyanyikan oleh Opick:
wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarMu
wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
Ya Robbi, izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...
dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku...
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarMu
wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
Ya Robbi, izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu
ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa
berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...
dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku...
No comments:
Post a Comment