Hari ini 11 Disember 2012 genaplah setahun usia perkahwinanku bersama suami tercinta Che Muhsin bin Che Ibrahim. Alhamdulillah, sepanjang setahun ni banyak yang telah ana pelajari tentang cinta dan perkahwinan ..tapi masih jauh lagi perjalanan kehidupan kami..InsyaAllah.
Perkahwinan pada ana bukanlah matlamat hidup, tetap ia adalah salah satu wasilah untuk kita menjadi muslim yang bertaqwa. Allahu Akbar, maqam taqwa adalah suatu yang diingini oleh semua muslim/muslimah. Sebelum kahwin kita berusaha menjadi muslimah bertaqwa secara individu, tetapi apabila berkahwin Allah memberi 'teman/sahabat/rakan' yang sangat akrab kepada kita untuk sama-sama membantu, mengharungi dan memberi motivasi dalam menempuh perjalanan mengejar cinta dan taqwaNya. Di sini ana suka untuk membawakan petikan artikel Ustaz Zaharuddin berkaitan objektif perkahwinan dalam Islam untuk rujukan dan manfaat kita semua :
Firman Allah SWT, Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu
sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan
dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Al-Rum
: 21)
Berdasarkan rujukan saya (Ustaz Zaharuddin) dari huraian
para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di
atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan
adalah untuk menjadikannya sebagai :-
1) Litaskunu
Ilayha
= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan
ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di
dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya,
tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan
masalah.
2) Mawaddah
wa rahmah
= tempat emosi dan perasaan belas,
kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk
sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah
salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila
beliau berkata :
المودة حب الرجل امرأته
Ertinya : Mawaddah itu
adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya ( Tafsir Al-Qurtubi)
Justeru mempelajari caranya juga
merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah
tuntutan.
= Saling ambil berat atas kebajikan,
perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan
seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara
item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas
kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat
nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan
الرحمة رحمته إياها أن
يصيبها بسوء
Ertinya :
Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas
isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)
(Sumber Artikel : Ustaz Zaharuddin.net )
Subhanallah, begitu indah perkahwinan dalam Islam.Semoga perkahwinanku berjaya mencapai objektif seperti mana yang disebut dalam ayat al-Quran di atas.Apa yang penting wahai para isteri dan suami (termasuk diriku),walau apa pun keadaannya jangan berhenti berdoa, berdoa dan berdoa supaya diteguhkan iman dan memperoleh keluarga bahagia dunia akhirat.
Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..
Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..
Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..
Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..Ameen
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..Ameen
No comments:
Post a Comment