Thursday, March 11, 2010

Ayuh wahai DIRI


        Aqilah dan Qistina...kanak-kanak kecil permata hati ibu dan ayah mereka. Melihat gambar ini membuat ku terfikir bagaimanakah generasi pada masa akan datang?? Apakah cabaran yang bakal mereka hadapi?? Adakah suasana dan 'iklim' kini sudah memadai untuk melihat anak-anak ini membesar menjadi anak soleh/ah?? 
        Ah, persoalan yang menyesak jiwa dan hati nurani. Mampukan aku memikul amanah sebagai 'pendidik ummah' , mendidik generasi yang ada menjadi generasi luarbiasa ?? Luar biasa dari segi ilmunya, luar biasa dari segi akhlaknya, luar biasa dari segi amalanya, luar biasa dari segala serbi....LUAR BIASA?? 
       Luar biasa yang bagaimana? seperti makhluk asing? Oh, TIDAK!!..luar biasa  kumaksudkan ialah bukan seperti biasa biasa. Biarlah generasi yang ku didik menjadi generasi al-Quran (Jiilulquran). Generasi yang aqidahnya berlandaskan alquran, bacaan wajib sehari annya adalah Al-Quran, akhlaknya adalah suruhan Al-Quran,  dan seluruh cara hidupnya adalah berlandaskan Al-Quran di sulami amalan sunnah Nabi tercinta Nabi Muhammad S.A.W.
         Wow!! tinggi harapan..ku harus bermula dengan diriku..muhasabah wahai diri, sudahkah berusaha menjadi salah seorang 'Jiilulquran'?? Tepuk dada tanya iman. Ayuh! DIRI , tingkatkan amalan-amalan sunnatmu, tingkatkan amalan membaca al-quran dan maknanya, tingkatkan ilmumu, tingkatkan  amalan solat malammu, tingkatkan hafazan ayat al-quranmu...ayuh!! TINGKATKAN.. (Pesanan buat diriku yang mudah lupa....)

Monday, March 8, 2010

KESAKSIAN seorang yg bernama BILAL..


Bersaksilah, Tuhanku satu

Segala puji bagi Tuhan
Hadir Muhammad bawa kebenaran
Walau disiksa dihina
Takkan sekali ku berpatah arah
Untukmu agamamu
Untukku kebenaran Tuhanku
Siksalah jasadku
Takkan ku tunduk pada kejahilanmu
Kerna mengalir di seluruh tubuhku
Kalimah Tuhan dari Lidah Rasulku
Dan itu yang ku percaya


Deritaku menjadi saksi bisu
Tanda kasihku kepada yang terulung
walau disirami debu yang menangis
Genggamku ini takku lepaskan


Panaslah Sang mentari
Lafaz kalimah takkan ku henti

Tuesday, February 9, 2010

Bloom's Revised Taxonomy

 Remember: Recognizing, Recalling
Understand: Interpreting, exemplifying, classifying, summarizing, inferring, comparing, explaining
Apply: Executing, implementing
Analyze: Differentiating, organizing, attributing
Evaluate: checking, critiquing
Create: generating, planning, producing

         Di atas ialah jadual tentang aras penyoalan dan kemahiran berfikir yang diutarakan oleh MR BLOOM... Sebagai seorang guru yang profesional, berkaliber, kreatif dan berdaya maju, aras-aras di atas adalah sangat penting untuk diamalkan dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Ini akan banyak membantu para pelajar untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Pendidik yang mnggunakan kaedah konstruktivis dalam P&P adalah sangat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran secara natural, authentic, dan terarah.

Monday, February 8, 2010

KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH......


"Kalau benar CINTAKAN Allah...cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya, bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk melahirkan kecintaan pada rumahtangga, organisasi, masyarakat daan negara.."

       Syukur alhamdulillah kulafazkan atas nikmat yang telah Engkau kurniakan. Hari ini, insan kerdil ini masih mampu mengirup udara percumaMu, melangkah dengan kaki pemberianMu, berkata-kata menyampaikan ilmuMu, dan segala macam kurniaan yang lelah untuk kuhitung..Alhamdulillah, subhanallah..

Thursday, January 28, 2010

TENTANG KEHIDUPAN 2..




MAAHAD ABU NOUR

      Gambar Maahad (yang ada menara 2 buah) tempat ana belajar Bahasa Arab di Damsyik, Syiria. Gambar di ambil dari Jabal Maqam Arbaien...kena panjat 900 lebih anak tangga untuk sampai ke sana!! Seronok menuntut ilmu di bumi anbiya' Syiria. Pembudayaan ilmu di kalangan penduduknya sangat ketara. Sajak khas (Buku Duhai Teman Sejatiku..):

Sedarlah wahai teman,
Kita musafir di dunia,
Kitakan pulang padaNya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya...


MAKKU SAYANG =)

Allah s.w.t berfirman:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan insan daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..."
                                                                                         (Surah Al-'Alaq: 1-5)

Tuesday, January 26, 2010

RPH: Adab Amar Ma'ruf Nahi Mungkar


Di bawah ni ana uploadkan RPH(rancangan pengajaran harian) yang kumpulan ana (K.wan dan K.Raudhah) buat untuk subjek Method In Teaching Islamic Education. Sahabat-sahabat boleh lihat dan kongsi bersama.Tapi RPH ni dalam tulisan jawi ye. Erti hidup pada MEMBERI.

RPH: Adab Amar Maaruf Nahi Mungkar 



WESTERNISASI...

Ini adalah slide presentation ana semasa degree di UM dulu..Kerja kumpulan untuk subjek Falsafah Beragama. Tajuk kumpulan kami ialah Westernisasi. Boleh lihat dan mungkin berguna untuk sahabat-sahabat.