Friday, January 22, 2010

MEMBUKA PINTU SYURGA

Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Talib pulang lebih lambat menjelang Asar. Fatimah binti Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali membawa wang lebih banyak kerana barangan dapur di rumah makin berkurangan.

Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sekarung pun. "Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah Ta'ala." "Terima kasih," jawab Ali.

Hatinya merasa sayu kerana isterinya begitu tawakal. Padahal persediaan dapur sudah habis sama sekali. Malah Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan solat berjama'ah. Sepulang dari sembahyang, di jalan dia ditahan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Talib?" Áli menjawab kehairanan. "Ya betul. Ada apa, tuan?''
Orang tua itu menghulurkan kantung wangnya seraya menjawab, "Dahulu ayahmu pernah kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya. "Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu sahaja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan dia menyuruh membelanjakannya semua agar tidak lagi merisaukan keperluan sehari-hari. Ali pun bergegas berangkat ke pasar.

Sebelum masuk ke dalam pasar, Ali melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya untuk Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan. "Tanpa fikir panjang lebar, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kepada Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan menutup pintu surga buat kita."

KAITAN DENGAN ISI
# Tingkatan 2: Bab 10,Hadis (Sedekah Pemangkin Kesejahteraan)
# Keindahan dan hikmah di sebalik amalan sedeqah dalam kehidupan seharian.
# Menekankan janji dan hadiah Allah s.w.t iaitu syurga kepada hamba-Nya yang ikhlas mensedekahkan hartanya walaupun diri sendiri dalam kesempitan.

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN

# Sebagai set induksi untuk menjelaskan pengenalan kepada salah satu konsep dalam bersedeqah selepas menerangkan hadis Nabi s.a.w tentang sedeqah.
# Boleh juga sebagai kesimpulan untuk menekankan amalan sedeqah para sahabat Nabi s.a.w yang patut di contohi umat Islam masa kini amnya dan para pelajar khususnya.

No comments:

Post a Comment