Monday, January 25, 2010

TAUBAT ABU HURAIRAH DAN WANITA PENZINA

Dari Abu Hurairah r.a berkata, "Pada suatu malam setelah solat Isya saya keluar bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yang sedang berdiri di tengah jalan dan berkata, "Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertaubat?" Lalu saya bertanya kepada wanita itu, "Apakah dosamu itu?" Dia menjawab, "Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu."
Kukatakan padanya, "Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertaubat bagimu." Mendengar jawapanku, wanitu itu menjerit histeria dan jatuh pengsan. Setelah sedar daripada pengsan dia pun lantas beredar. Aku berkata di dalam hati, "Aku berfatwa, padahal Rasulullah s.a.w. ada ditengah-tengah kami?" Pada esok harinya aku menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah! Malam tadi ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini…."

Setelah mendengar penjelasan aku, baginda bersabda, "Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini : "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan:68-70)

Maka aku keluar beredar daripada Rasulullah s.a.w. dan berlari menyusuri jalan Madinah, sambil bertanya-tanya, "Siapakah yang boleh menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini malam tadi?" Sementara anak-anak bersorak, "Abu Hurairah sudah gila!"

Hingga menjelang larut malam, barulah aku dapat menemuinya di tempat itu. Maka kuberitahukan segera pada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. bahawa dia boleh bertaubat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, "Kebun yang kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin kerana dosaku."

KAITAN DENGAN ISI

* Tingkatan 2 : Bab 7 (Segera bertaubat dan beristighfar)
* Kewajipan bertaubat setelah melakukan dosa.
* Menekankan bahawa memohon maaf kepada insan yang pernah teraniaya oleh kita adalah salah satu cara dalam bertaubat.
* Menunjukkan Allah s.w.t Maha Pengampun dan sentiasa membuka pintu taubatNya kepada hamba-Nya yang ingin bertaubat.

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
* Sebagai kesimpulan untuk menegaskan tentang pentingnya bertaubat dan melaksanakan cara-cara bertaubat yang disarankan dalam Islam.
* Boleh juga sebagai set induksi untuk menjelaskan pengenalan kepada salah satu konsep dalam bertaubat iaitu memohon maaf kepada insan yang pernah teraniaya kerana dosa-dosa kita.

2 comments:

  1. apa kata jika cikgu kaitkan cerita ini dengan situasi semasa masyarakat malaysia kita. Moga yang mencari jalan keluar dari HITAM SEMALAM bertemu cahaya, lantas mereka menarik teman yang pernah kelembah HITAM itu menuju cahaya ILAHI.

    ReplyDelete
  2. adakah selepas bertaubat, penzina itu akan tetap menerima azabnya?? yakni perlu dirotan dikhalayak ramai ikut hudud? dan juga azab naraka??

    ReplyDelete