Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku adalah keranaMu Allah Rabb sekalian alam..
Wednesday, June 23, 2010
Tuesday, June 22, 2010
Budak Kecil dan Api Neraka
Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak tersebut menjawab: "Aku takutkan api neraka". Khalifah yang adil itu memujuk, " Anak kecil seperti kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Namun apakah jawapan budak itu? Katanya, " Aku melihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku dalam neraka kelak. Aku umpama ranting kecil itukah?" Mendengar jawapan itu khalifah turut menangis..
PENGAJARAN: Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah, lantas menghalang mereka melakukan dosa/maksiat.
** Hasanatul abrar wa saiatul muqarrabiin...
Monday, June 14, 2010
Putera puteri 5 Ali, 5 Abu Bakar, & 5 Hamzah
Alkisah pada 5 Mei 2010 yang lalu ana menerima tawaran/permintaan guru panitia pendidikan Islam (Ustzah Laila) untuk menjadi guru ganti di SMKAKL sementara menunggu posting. Baru je selesai praktikal dan menguruskan program dinner dpli pd 3 Mei..terus sambung kerja lusanya. Penat tak hilang lagi..tp alhamdulillah ana redha, mesti ambil peluang untuk timba pengalaman sebanyak mungkin.
Ana dapat jadual hari pertama kerja, 26 masa seminggu. Ana kena ajar 5 kelas iaitu 1 umar (merangkap guru kelas), 1 abu bakar, untuk subjek Pendidikan Islam dan 5 Abu bakar, 5 Ali dan 5 Hamzah untuk subjek Pendidikan Syariah Islamiah..gurlp..kena ajar form 5??? alamak sakit jantung juga rasanya..tp bleh lg ana buat muka cool n tenang depan ustzah Laila..n dengan confidentnye menyatakan "InsyaAllah ana cuba buat yg terbaik,mane2 yg ana tak tahu ana akan rujuk ust abduh..hehe" sambil tersenyum kambing.
Kini tinggal kenangan..ana dah habis mengajar..hanya sempat 21 hari mengajar mereka.. walau bagaimanapun sangat banyak yg ana belajar sepanjang mengajar syariah tingkatan 5. ..betapa banyak dan 'jenis' soalan yang ditanya oleh adik2 smakl yg bijak pandai ni.Alhamdulillah, ana senang mengajar mereka dengan membawa pendekatan seperti adik kakak n kawan..tp masih ada batasnya.Di bawah dan diatas ni gambar puteri2 dan putera2 5 Ali semasa kelas terakhir.
Terima kasih banyak atas kasih sayang ntum semua..dan jamuan perpisahan mengejut yang ntum semua buat..terima kasih juga 5 Hamzah sebab 'wakenabeb' ustazah..hehe..kelakar bila teringat balik. Semoga ntum terus berjaya n menjadi anak2 soleh/ah..Ameen
Sunday, June 13, 2010
Untukmu Palestin
“Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Wednesday, June 9, 2010
KEM KEPIMPINAN MPP&PENGAWAS SMKAKL
Pada 28-29 Mei 2010 ana berpeluang menjadi salah seorang guru pengiring peserta2 kem kepimpinan MPP dan Pengawas SMKAKL..Kem tersebeut bernama KEM WIRAJAYA terletak di sg congkak. Walaupun ini sudah kali ke berapa (sgt banyak) ana menyertai program di hutan samada sbg peserta, urusetia atau fasilitator tetapi ana tetap teruja untuk mengikuti aktiviti di kem ini...
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah slot menguji ketahanan mental n spiritual iaitu pada pukul 12 tgh malam sehingga 4 pagi!!.. Peserta2 iaitu pelajar2 SMKAKL dikehendaki berjalan seorang diri di dalam hutan yg gelap!! Ana menjadi pemerhati dan hanya duduk dalam hutan tersebut selama hampir 4 jam untuk melihat gelagat dan reaksi anak2 didikku (walaupun ana tidak mengjar mereka semua) apabila berada dalam hutan seorang diri. Hehe..macam2 reaksi yang ana dapat dengar dan lihat...ada yang menangis, menjerit, bercakap seorang diri (untuk melawan rasa takut agaknya), berzikir dengan berirama, berzikir dengan kuat, dan ada juga yang senyap tanpa mengeluarkan sebarang suara!!.
Sejujurnya ana pernah mengalami pengalaman kali pertama seperti ini.. memang menakutkan. tetapi betul la, sebenarnya kita tidak perlu takut..hanya perlu set di minda bahawa 'ia' tidak akan dapat menganggu dan memudaratkan kita kerana ada kuasa iaitu Allah yg lebih hebat. Allahu Akbar!
Ape-ape pun tahniah kepada peserta2 dari SMKAKL kerana berjaya mengharungi program dengan jayanya. Semoga mendapat manfaat daripadanya dan di amalkan dalam kehidupan.. SYABAS!
Subscribe to:
Posts (Atom)