Pada 28-29 Mei 2010 ana berpeluang menjadi salah seorang guru pengiring peserta2 kem kepimpinan MPP dan Pengawas SMKAKL..Kem tersebeut bernama KEM WIRAJAYA terletak di sg congkak. Walaupun ini sudah kali ke berapa (sgt banyak) ana menyertai program di hutan samada sbg peserta, urusetia atau fasilitator tetapi ana tetap teruja untuk mengikuti aktiviti di kem ini...
Pengalaman paling tidak dapat dilupakan ialah slot menguji ketahanan mental n spiritual iaitu pada pukul 12 tgh malam sehingga 4 pagi!!.. Peserta2 iaitu pelajar2 SMKAKL dikehendaki berjalan seorang diri di dalam hutan yg gelap!! Ana menjadi pemerhati dan hanya duduk dalam hutan tersebut selama hampir 4 jam untuk melihat gelagat dan reaksi anak2 didikku (walaupun ana tidak mengjar mereka semua) apabila berada dalam hutan seorang diri. Hehe..macam2 reaksi yang ana dapat dengar dan lihat...ada yang menangis, menjerit, bercakap seorang diri (untuk melawan rasa takut agaknya), berzikir dengan berirama, berzikir dengan kuat, dan ada juga yang senyap tanpa mengeluarkan sebarang suara!!.
Sejujurnya ana pernah mengalami pengalaman kali pertama seperti ini.. memang menakutkan. tetapi betul la, sebenarnya kita tidak perlu takut..hanya perlu set di minda bahawa 'ia' tidak akan dapat menganggu dan memudaratkan kita kerana ada kuasa iaitu Allah yg lebih hebat. Allahu Akbar!
Ape-ape pun tahniah kepada peserta2 dari SMKAKL kerana berjaya mengharungi program dengan jayanya. Semoga mendapat manfaat daripadanya dan di amalkan dalam kehidupan.. SYABAS!
No comments:
Post a Comment