Tuesday, February 9, 2010

Bloom's Revised Taxonomy

 Remember: Recognizing, Recalling
Understand: Interpreting, exemplifying, classifying, summarizing, inferring, comparing, explaining
Apply: Executing, implementing
Analyze: Differentiating, organizing, attributing
Evaluate: checking, critiquing
Create: generating, planning, producing

         Di atas ialah jadual tentang aras penyoalan dan kemahiran berfikir yang diutarakan oleh MR BLOOM... Sebagai seorang guru yang profesional, berkaliber, kreatif dan berdaya maju, aras-aras di atas adalah sangat penting untuk diamalkan dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Ini akan banyak membantu para pelajar untuk berfikiran kreatif dan inovatif. Pendidik yang mnggunakan kaedah konstruktivis dalam P&P adalah sangat membantu pelajar untuk memahami isi pelajaran secara natural, authentic, dan terarah.

Monday, February 8, 2010

KALAU BENAR CINTAKAN ALLAH......


"Kalau benar CINTAKAN Allah...cintailah diri dan umat ini dengan banyak mengingatiNya, bangun seawal subuh, bersih dan sucikan diri. Lalu solatlah untuk mengingatiNya. Kemudian, bertebaranlah di muka bumi untuk melahirkan kecintaan pada rumahtangga, organisasi, masyarakat daan negara.."

       Syukur alhamdulillah kulafazkan atas nikmat yang telah Engkau kurniakan. Hari ini, insan kerdil ini masih mampu mengirup udara percumaMu, melangkah dengan kaki pemberianMu, berkata-kata menyampaikan ilmuMu, dan segala macam kurniaan yang lelah untuk kuhitung..Alhamdulillah, subhanallah..

Thursday, January 28, 2010

TENTANG KEHIDUPAN 2..




MAAHAD ABU NOUR

      Gambar Maahad (yang ada menara 2 buah) tempat ana belajar Bahasa Arab di Damsyik, Syiria. Gambar di ambil dari Jabal Maqam Arbaien...kena panjat 900 lebih anak tangga untuk sampai ke sana!! Seronok menuntut ilmu di bumi anbiya' Syiria. Pembudayaan ilmu di kalangan penduduknya sangat ketara. Sajak khas (Buku Duhai Teman Sejatiku..):

Sedarlah wahai teman,
Kita musafir di dunia,
Kitakan pulang padaNya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya...


MAKKU SAYANG =)

Allah s.w.t berfirman:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan insan daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya..."
                                                                                         (Surah Al-'Alaq: 1-5)

Tuesday, January 26, 2010

RPH: Adab Amar Ma'ruf Nahi Mungkar


Di bawah ni ana uploadkan RPH(rancangan pengajaran harian) yang kumpulan ana (K.wan dan K.Raudhah) buat untuk subjek Method In Teaching Islamic Education. Sahabat-sahabat boleh lihat dan kongsi bersama.Tapi RPH ni dalam tulisan jawi ye. Erti hidup pada MEMBERI.

RPH: Adab Amar Maaruf Nahi Mungkar 



WESTERNISASI...

Ini adalah slide presentation ana semasa degree di UM dulu..Kerja kumpulan untuk subjek Falsafah Beragama. Tajuk kumpulan kami ialah Westernisasi. Boleh lihat dan mungkin berguna untuk sahabat-sahabat.

TENTANG KEHIDUPAN




Subhanallah..kejadian alam yang cantik, menyejukkan mata..salah satu bukti kekuasaan Allah Maha Pencipta. Air sungai yang jernih dan cantik boleh membuatkan hati berasa tenang..namun jika dengan kehendakNya jua air sungai yang cantik boleh membinasakan manusia yang lalai dan alpa..kun fayakuun..



Di atas ni ialah gambar sebuah tasik yang sudah kering airnya. Ana ambil gambar ni semasa jaulah ke bumi anbiya',Syiria selama 2 bulan tahun lepas. Tasik ni terletak di bandar Busra. Airnya kering ketika musim panas. Bila lihat tasik ni, terdetik di hati betapa 'buruk' rupanya jika hati kita juga 'kering'.. kering daripada iman, dan ilmu. Sesungguhnya hati yang sentiasa berbolak balik perlu selalu 'dibajai' dengan zikrullah dan nasihat yang baik agar tidak di landa 'kemarau'... Ya muqalibal qulub..thabbit qulubi 'ala to'atik.


Monday, January 25, 2010

TAUBAT ABU HURAIRAH DAN WANITA PENZINA

Dari Abu Hurairah r.a berkata, "Pada suatu malam setelah solat Isya saya keluar bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba di hadapanku ada seorang wanita bercadar yang sedang berdiri di tengah jalan dan berkata, "Wahai Abu Hurairah! Sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan dosa besar. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk bertaubat?" Lalu saya bertanya kepada wanita itu, "Apakah dosamu itu?" Dia menjawab, "Aku telah berzina dan membunuh anakku dari hasil zina itu."
Kukatakan padanya, "Kau telah binasakan dirimu dan telah binasakan orang lain. Demi Allah, tidak ada kesempatan bertaubat bagimu." Mendengar jawapanku, wanitu itu menjerit histeria dan jatuh pengsan. Setelah sedar daripada pengsan dia pun lantas beredar. Aku berkata di dalam hati, "Aku berfatwa, padahal Rasulullah s.a.w. ada ditengah-tengah kami?" Pada esok harinya aku menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Rasulullah! Malam tadi ada seorang wanita meminta fatwa kepadaku berkenaan dengan ini…. dan ini…."

Setelah mendengar penjelasan aku, baginda bersabda, "Innaa lillahi wa inna ilahi raajiun! Demi Allah, celakalah engkau dan telah mencelakakan orang lain. Tidakkah kau ingat ayat ini : "Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. Al-Furqaan:68-70)

Maka aku keluar beredar daripada Rasulullah s.a.w. dan berlari menyusuri jalan Madinah, sambil bertanya-tanya, "Siapakah yang boleh menunjukkan aku kepada seorang wanita yang meminta fatwa kepadaku tentang begini dan begini malam tadi?" Sementara anak-anak bersorak, "Abu Hurairah sudah gila!"

Hingga menjelang larut malam, barulah aku dapat menemuinya di tempat itu. Maka kuberitahukan segera pada wanita itu seperti apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. bahawa dia boleh bertaubat. Wanita itu kembali menjerit kegirangan seraya berkata, "Kebun yang kumiliki akan kusedekahkan kepada orang-orang miskin kerana dosaku."

KAITAN DENGAN ISI

* Tingkatan 2 : Bab 7 (Segera bertaubat dan beristighfar)
* Kewajipan bertaubat setelah melakukan dosa.
* Menekankan bahawa memohon maaf kepada insan yang pernah teraniaya oleh kita adalah salah satu cara dalam bertaubat.
* Menunjukkan Allah s.w.t Maha Pengampun dan sentiasa membuka pintu taubatNya kepada hamba-Nya yang ingin bertaubat.

PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
* Sebagai kesimpulan untuk menegaskan tentang pentingnya bertaubat dan melaksanakan cara-cara bertaubat yang disarankan dalam Islam.
* Boleh juga sebagai set induksi untuk menjelaskan pengenalan kepada salah satu konsep dalam bertaubat iaitu memohon maaf kepada insan yang pernah teraniaya kerana dosa-dosa kita.