Friday, September 17, 2010

ADA APA DENGAN 'DUA' ??

Ada apa dengan 'dua' ?? erm.. ana saje nak berkongsi makna '2' dalam kehidupan ana selama ni. Dua ialah nombor selepas satu dan sebelum tiga..semua orang tahu. Nombor 2 banyak berperanan dan mempengaruhi perjalanan hidup ana.. ha, sebelum itu, ana nak jelaskan nombor ni bukan la pegangan apatah lagi iman..satgi jadi syirik tanpa disedari..Nauzubillahi min zalik.

        Dipendekkan cerita, banyak perkara yang memerlukan pilihan dalam kehidupan ana kebanyakkannya berlaku pada pilihan kedua.. Dan semua pilihan kedua tu bila ana tempuhi banyak memberi pengalaman dan pengajaran dalam hidup na. Buktinya?

        Pertama, ketika ingin memilih sekolah asrama ke tingkatan 1..ayah harap na dapat sekolah asrama yang dekat iaitu sekolah Idrisiah (Kuala Kangsar). Ana mengikut pilihan ayah..dan ayah kata kalo tak dapat idrisiah cuba SMKA Sultan Azlan Shah (sekolah yang sama dengan 2 org kakak kembar ana). Alkisahnya, selepas menduduki ujian kemasukan ke sekolah Idrisiah, ana GAGAL..haha..kesian,. Tapi alhamdulillah tidak lama selepas itu ana dapat masuk ke SMKA Sultan Azlan Shah, Bota. Pilihan kedua yang ana dapat..tapi ana sangat bersyukur sebab sekolah tu sangat best dan mengajar ana banyak perkara. 

              Kedua, selesai alam persekolahan..ana perlu memilih untuk ke alam kampus pula. Semua pelajar lepasan SPM perlu mengisi borang UPU untuk memohon mana2 universiti di Malaysia. So, setelah menimbang-tara bidang apa yang ingin ana ceburi di U..ana mengutarakan pilihan ana kepada ayah. Ayah bagi cadangan, " Masuk UIA la Nana (nama manja di rumah,hehe), bagus sket persekitarannya.." Tapi hati kecilku teringin nak masuk UM sebab ada kakak senior pernah datang ke sekolah dan menceritakan suasana tarbiyah di UM Nilam Puri sangat bagus..Erm,tapi tak mengapa..sekali lagi ana turuti kata ayah, ana letak UIA (jurusan ilmu wahyu) sebagai pilihan pertama. Pilihan kedua pula UM (jurusan Usuluddin)..dan pilihan ketiga sampai ke lapan ..rahsia. Sekali lagi, Alhamdulillah..pilihan kedua juga mengena, ana ditawarkan belajar di UM untuk Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Ya, UM adalah lapangan yang sgt bererti pada ana..sepanjang 5 tahun belajar di UM...terlalu banyak perkara yang ana belajar..berdikari,menajamkan minda, memantapkan kemahiran, mengenal ramai orang dan lain-lain. 

                Ketiga, habis belajar di UM..dipendekkan cerita, ana sambung lagi pengajian ana untuk melayakkan diri menjadi pendidik (cita-cita ana). Ana ambil DPLI..setelah melalui ujian MeDSi dan lulus..ana dipanggil untuk temuduga. Ketika mengisi borang pemohonan dulu..perlu menyatakan opsyen dikehendaki dan 2 pilihan universiti.Pilihan pertama, UM opsyen Pendidikan Islam..dan pilihan kedua ialah UIA opsyen yang sama...Kali ini hati ana harap dapat pilihan pertama sebab mengenangkan dah lama belajar di UM dan mengetahui selok belok UM. Tapi, perancangan Allah juga yang terbaik..ana mendapat UIA..pilihan kedua lagi yang kena. Bila dah belajar di UIA..ana bersyukur sangat..sebab DIA bagi ana suatu pengalaman baru yang ana tak dapat di UM..ana belajar sekelas dengan kenalan-kenalan baru (kecuali Diyana Razali n K.Odah..hehe), belajar dari pensyarah2 baru yang berkaliber di UIA, berorganisasi dengan ahli dan pimpinan persatuan yang baru...housemate rumah sewa yang pelbagai sifat (yang dah jadi mak orang pun ada)..dan banyak lagi. hehe..kesimpulannya..memang pengalaman yang menarik dan tak dapat dilupakan!

                 Keempat, setelah tamat belajar DPLI..tibalah masanya memilih penempatan untuk bekerja nanti.. Ketika mengisi borang penempatan ana tidak fikir banyak...ruang yang disediakan hanya 2 pilihan negeri sahaja. Pilihan pertama pastinya Perak sebab ayah dan mak harap sangat ana dekat dengan mereka setelah bertahun-tahun ana asyik belajar jauh je dari mereka..(sian mak dan ayah..huhu). Pilihan kedua? jeng,jeng,jeng..setelah fikir dengan ringkasnye..ana meletakkan Sabah sebagai pilihan kedua. Letak SABAH?? saje nak dapat sana ke??? kata kawan baik ana..hehe. Sebenarnya, ayah dan mak ana tak tahu pun ana letak Sabah sebagai pilihan kedua..Ana fikir..biarlah ana letak Sabah,sebab ana tahu kami yang bujang ni mesti dihantar ke Borneo...Direktor INSTED pun cakap macamtu. So, setelah menanti  penuh debaran selama hampir 4 bulan..maka dapatlah surat dr KPM yang menyatakan ana ditempatkan di Sabah. Ana hanya mampu tersengih setelah membaca surat tersebut, manakala mak berkata dengan nada sedih "kejamnya diorang ni"..ayah pula hanya mampu menggelengkan kepala. Ana memujuk mak dan ayah dengan menyatakan "tak ape la..Sabah Malaysia juga..jangan risau dan sedih-sedih..DIA Maha Mengetahui yang terbaik.."

              Begitulah alkisahnya dengan 'DUA' dalam kehidupan ana. Sebenarnya..empat cerita di atas adalah antara pilihan terbesar dalam hidup ana dan ana banyak berdoa semoga Allah memberikan yang baik di sisiNya untuk ana..dan bukannya yang baik pd pandangan ana je.. Mungkin kisah 'pilihan ke-2' ini hanya kebetulan...yang penting kita sebagai hamba perlu merancang dan berdoa..manakala Allah jua yang berkuasa menentukan segala kerana DIA Perancang Terbaik! Apabila kita yakin, maka mudah hati ini untuk redha dengan ketetapanNya, kan?? Semoga Allah memberkati hidup ana di Sabah nanti dan memberi rahmat kasih sayang/perlindunganNya kepada ayah dan mak yang bakal jauh dari pandangan mata..Ameen.

Friday, September 3, 2010

Maha Pengampunnya DIA...

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Az-Zumar: 53)

“Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan.” (QS. Asy-Syuuraa: 25)

“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al An’aam: 54)

            Ayat-ayat di atas adalah antara ayat-ayat yang menyatakan bahawa Allah s.w.t Maha Penyayang malah Maha Pengampun n Maha menerima taubat hamba-hambaNya. Manusia dijadikan oleh Allah dengan memiliki akal, nafsu dan iman. Ketiga-tiga perkara ni sentiasa 'berlumba' untuk 'mendominasi' diri manusia. Sesungguhnya sesiapa yang menjadikan iman sebagai dominan dalam dirinya, maka insyaAllah redha Allah sentiasa ada untuknya.

         Tetapi manusia ni lemah,kadang-kadang rapuh jiwanya...Tanpa di sedari nafsu menguasai diri pada masa-masa tertentu. Syaitan menggoda kiri kanan depan belakang...hingga akhirnya seorang manusia itu melakukan maksiat dan mungkar. Ah..maksiat dan mungkar itu pelbagai..mengumpat, menipu, menghina orang lain, bergaduh, menderhaka kpd ibu bapa, malas solat, mencuri, minum arak, berzina, dan lain-lain..

         Bila tersedar (alhamdulillah tersedar dan menyedarkan diri) maka persoalan timbul di benak fikiran. "Apakah akan terhapus segala dosa-dosa silam?.sekecil-kecil malah sebesar-besar dosa telahku lakukan..apakah akan terhapus? aku nak masuk syurga tapi rasa tak layak...nak masuk neraka, oh! aku takut...habis di manakah tempatku di akhirat nanti???? Allah..."

       Sebenarnya jangan bimbang...buka al-Quran dan baca kalamNya...nescaya akan jumpa banyak ayat yang menyatakan Allah itu Maha Pengampun. Maka, wahai manusia yang pernah berdosa! bertaubatlah, pohonlah keampunan daripadaNya, jangan sekali-kali berputus asa, berusaha ke arah kebaikan dan yang paling penting kena bersangka baik dengan Allah... Sungguh, sungguh...DIA Maha Pengampun dan Penerima Taubat hamba-hambaNya..Subhanallah, Allah tidak pernah melupakan hamba-hambaNya. Allah Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyak lagi sifat sempurna yang lain.  Allah juga sediakan 1 bulan dalam setahun yang bernama bulan Ramadhan yang mana pintu keampunanNya di buka seluas-luasnya untuk hamba2Nya yang bertaubat  dan memberi rahmat kepada hambaNya yang memanfaatkan Ramadhan. Maka, rahmat Allah yang mana lagi manusia mahu dustakan??

         Erm,tapi ada cara yang lebih terperinci untuk bertaubat? atau ciri-ciri taubat nasuha?
Tak pa...kita jumpa lagi episod akan datang. Tungguuuuu..sebelum itu,  ana saja sertakan di bawah ni lirik lagu Taubat yang dinyanyikan oleh Opick:

wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarMu

wahai Tuhan aku lemah
hilang terumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

Ya Robbi, izinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya Engkau
sang maha pengampun dosa

berikanlah aku
kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali...

dan meski aku tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak
aku...
       

Friday, August 13, 2010

Oh MAK..

"Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Penyayang, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka,dan izinkanlah mereka menziarahi rumahMu pada tahun ini.... Kaulah yang maha Pengasih, maha mengetahui lagi maha Pengatur segalanya..Ameen"

           Mak sejak akhir-akhir ni nampak tidak sihat. Selalu sengal-sengal kaki dan badan. Penyakit lamanya iaitu lelah pun kadang2 menjengah..Mak yang kini berusia 64 tahun sudah tidak secergas dulu. Garis-garis kedut di muka dan tangannya jelas kelihatan. Mak seorang yang aktif, suka buat kerja daripada duduk diam...pagi-pagi siram bunga dihalaman rumah, mencabut rumput dari pasu-pasu bunga dan mencakar daun-daun kering di halaman rumah. Tapi sekarang mak tak boleh berdiri lama-lama, kaki rasa sengal katanya. Ramadhan kali ini mak kadang-kadang solat terawih dalam keadaan duduk. Hanya mampu buat 8 rakaat sahaja, tidak seperti tahun2 sebelum ini .Rasa sayu sangat tengok mak. Mak pun dah tak berani bawa kereta, jadi tugasku atau ayah membawa mak bertadarus di masjid dan kelas-kelas pengajian.

          Sebagai anak, kadang-kadang rasa tak nak percaya yang mak dah semakin tua. Rasa sedih dan risau bila mak sakit. Tambahan pula tahun ni mak dan ayah termasuk dalam senarai 'menunggu' untuk menunaikan haji. Alhamdulillah, walaupun dalam senarai menunggu, pihak tabung haji meminta membuat segala persediaan seperti pasport, pemeriksaan kesihatan dan menghadiri kursus intensif. Harapnya mak dan ayah berpeluang menunaikan haji pada tahun ini. Mak kadang-kadang risau dengan kesihatannya, mampukah dia berjalan jauh di Makkah atau Madinah nanti? larat ke nak tawaf Kaabah 7 kali?..Ana cakap pada mak, "InsyaAllah boleh, buat perlahan-lahan..kita berdoa banyak2 Allah bagi kesihatan yang baik..kena yakin dan kuat semangat." Ayah pun kadang-kadang risau dengan kesihatan mak.Kami saling memberi semangat. Walaupun ayah sihat tapi umurnya yang sudah 62 tahun tetap menampakkan bahawa kudratnya bukan seperti dulu. Semakin lama tetap dimakan usia.

         Alhamdulillah ana belum posting lagi..sekurang-kurangnya dapat membantu dan berbakti pada mereka yang selama ni banyak mencurahkan pengorbanan dan kasih sayang mereka kepadaku,  banyak sangat.Tapi hati makin sedih bila memikirkan bakal berjauhan dengan mereka sekali lagi apabila dipostingkan nanti. Namun, hanya kepadaMu ya Allah aku berserah...sesungguhnya penjagaan dan kasih sayangMu yang lebih hebat...


Nukilan hati : 2.12 pagi (3 Ramadhan 1431H)



          
        

Saturday, July 31, 2010

Penawar Bagi Hati

USTAZ NAJHAN : Penawar Bagi Hati
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Apakah hati boleh diperbaiki, di rawat dan disembuhkan? Inilah persoalan yang dilontarkan dalam kuliah Ustaz baru-baru ini. Langit juga tidak selalu cerah, matahari kadang kala tiada bercahaya dan gerhana, bulan ada ketikanya tidak mengambang penuh, alam juga sekali sekala dipandang kabur sahaja. Begitulah hati manusia. Ada kalanya ianya resah dan gelisah. Gundah dan gulana. Nabi kita sendiri pernah mengalami kesedihan yang amat sangat bila mana kematian orang yang sangat di kasihinya, iaitu orang yang menjaganya di dalam dan diluar rumah.

Isteri tercinta Khadijah r.a.ha. dan bapa saudaranya Abu Talib yang sentiasa melindunginya berdakwah di luar rumah. Waktu pengikut tidak ramai dan mendapat tentangan, nabi di boikot, mereka inilah yang banyak membantu nabi. Bayangkan nabi menanggung kesedihan yang teramat dalam tahun tersebut.

Apatah lagi kita sebagai makhluk yang diciptakan Allah yang pastinya ada perasaan sedih. Binatang sekalipun tidak lalu makan bila bergaduh dengan pasangannya seperti memerang. Tak ada mood nak makan. Jadi persoalan yang dilontarkan tadi, apakah hati manusia boleh dirawat?. Kalau boleh bagaimana caranya.

Tidak diragukan hanya islam sahaja yang membawa kaedah untuk merawat hati manusia. Hanya dengan agama yang dimuliakan Allah ini sahaja. Hanya dengan mengingati Allah hati jadi tenang dan tenteram. Masalah jiwa, hati yang keluh kesah, kembali kepada Allah. Tiada satu perubatan yang boleh selesai masalah jiwa manusia. Di hatilah tersimpannya perkara-perkara asas yang penting seperti jantung, roh, nafsu dan akal.

“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Pengajaran yang dapat di petik dari peristiwa israk dan mikraj di mana Allah memperjalankan nabi s.a.w. untuk mempersaksikan kepada nabi kebenaran al-Quran tentang janji Allah syurga dan neraka dan hari pembalasan nanti. Ianya merupakan satu hiburan pada Nabi yang sedang mengalami saat kesedihan. Apalagi yang lebih istimewa selain bertemu dengan Allah. Bila mengingati Allah pun hati sudah merasa tenteram.
Zikir adalah menyebabkan Allah s.w.t. ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran: FAZKURUUNII AZKURKUM ertinya "Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepadamu." Dan diterangkan pula di dalam hadis: MAN ZAKARANII FII NAFSIHII ZAKARTUHUU FII NAFSII ertinya, "Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di dalam hatiKu."

Dalam sebuah hadith qudsi:
“Aku (Allah) bersamanya (hamba-Ku) apabila dia berzikir kepada-Ku. Maka jika ia mengingati aku di dalam hatinya, nescaya Aku ingat pula kepadanya dalam diri-Ku.”
(Bukhari)

Orang yang beriman tenteram hati mereka bila berzikir/mengingati pada Allah. Memang benar, bila kita mengingati Allah, Allah akan mengingati kita. Bila kita lupa pada Allah maka Allah akan tinggalkan kita. Seorang ulama berkata kepada muridnya bahawa dia tahu bila Allah ingat padanya dan bila masa Allah tidak ingat padanya. Muridnya kepelikkan, hebatnya tuan gurunya. Lalu dia bertanya, bagaimana. Gurunya mengatakan senang sahaja.., katanya bukankah ayat Allah ada menyebut bahawa bila seseorang itu ingat Allah, Allah akan mengingati dia.

Tidak disangkal lagi, pastinya tiada masalah bila kita ada masalah kita kembali kepada Allah. Biarpun sahabat, kawan, keluarga, boss, tidak mahu mendengar masalah kita. Adukan masalah kita kepada Allah yang sentiasa sedia mendengar. Allah paling hebat memperdengarkan masalah hamba-hambanya. Apa yang lebih penting lagi selain Allah yang cukup tahu masalah kita. Maka kita tidak patut resah, kerana Allah sahaja yang boleh memberi penyelesaian tentang masalah kita.

Statistik yang disebut oleh Menteri Kesihatan di dada akhbar mengatakan masalah orang yang sakit jiwa di Malaysia membimbangkan, tidak lain hari ini berpunca kegagalan mendidik , membentuk dan membangun fizikal manusia sahaja. Ramai hari ini mencari ilmu untuk mengejar sijil, pangkat. Sedangkan solat, akhlak tidak dijadikan asas utama didikan. Tekanan yang diberi oleh ibubapa yang ingin anak skor A, pastinya membuat anak-anak sakit jiwa bila tidak dapat memperolehinya. Terlalu sangat mengejar pandangan manusia dari segi kedudukan, pangkat, sedangkan zohor, asar tidak solat sangat medukacitakan. Bila memandang apa kata orang, dan apa pandangan orang selamanya jiwa tidak akan tenang.

Bila kita lupa Allah, itu yang menyebabkan Allah meninggalkan kita dari rahmatnya. Orang beriman akan mencari Allah sebagai penyelesai masalah. Al-quran sendiri dijamin oleh Allah sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Sesungguhnya sebaik-baik zikir ialah al-Quran.

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Surah israa' :82

Bila terlalu banyak dosa yang dibuat Allah tebus dengan dukacita. Pengubatnya taubat. Jika dosa dengan Allah bertaubatlah segera. Bila berdosa dengan manusia, maka minta maaf dan jumpa mereka. Jika tidak hati tidak akan tenang dan tenteram hingga ke saat kematian. Terus menerus akan dalam kedukacitaan. Walau diluar nampak segak dan gelak, azab duka cita di hati pastinya membakar jiwa. Itulah dosa yang dibuat pada anak adam yang memakan dalaman. Azabnya didunia sudah dirasakan.

Sayugialah kita semua kembali kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan. Allahu a’lam.

Subhanallah : Any Publish , Plz Credit to :
http://u-jam.blogspot.com/2010/07/penawar-cinta-luka.html

Monday, July 5, 2010

Sebuah Perkenalan...........

              Jam menunjukkan 1.25 minit pagi..mata masih segar, susah nak tidur plak akhir-akhir ni.. Ermm kat sini ana saja megimbau kenangan belajar bersama sahabat-sahabat section 1 DPLI ambilan Julai 2009 di UIAM. Terlalu singkat plak rasa bila di hitung kembali..pejam-celik pejam-celik dah 10 bulan belajar sekelas..Di atas gambar di ambil ketika kelas terakhir kami bersama Dr. Norazian untuk subjek Micro Teaching.

             Rasanya masa ambil degree di UM dulu sahabt-sahabat sekelas tak la serapat macam section 1 ni. Mungkin sebab masa DPLI ni kelas banyak dalam masa 5 hari..Kadang-kadang masa padat dengan kelas, presentation dan siapkan assignment. Kelas plak ada yang 3 or 2 jam bagi satu subjek. So banyak masa dapat diluangkan bersama sahabat-sahabat. Dapat kenal sikap dan karekter masing-masing dgn lebih mendalam.

            Sekarang semua dah balik ke kampung/negeri masing-masing, menunggu penempatan untuk berkhidmat sebagai pendidik. Semuanya berdebar menanti di manakah agaknya bakal di postingkan...Yang bujang-bujang sedaya upaya pasrahkan hati kerana sedia maklum bahawa bakal ditempatkan di Malaysia Timur..ye,pengalaman mencabar bakal menyusul. Kebiasaannya kesusahan akan mengajar manusia menjadi 'insan' berguna dan cemerlang. Walau apa pun, harapnya semua sahabat-sahabat section 1 menerima dengan hati terbuka keputusannya(posting) dan berusaha menjadi ustaz/ustazah yang baik,dan berkesan kepada jiwa anak-anak bangsa. InsyaAllah

            

Saturday, July 3, 2010

Hati-Hati Dengan Rasa Rindu

oleh: Syaikh Aidh Al Qarni

Jangan pernah merindukan sesuatu secara berlebihan. Karena, yang demikian itu menyebabkan kegelisahan yang tak pernah padam. Seorang muslim akan bahagia ketika ia dapat menjauhi keluh kesah, kesedihan dan kerinduan. Demikian pula ketika ia dapat mengatasi keterasingan, keterputuasaan dan keterpisahan yang dikeluhkan para penyair. Betapapun yang demikian itu adalah tanda kehampaan hati.

“Tidakkah kamu melihat orang2 yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Rabbnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya?” (QS Al Jatsiyah: 23)

-Akulah yang menarik ujung kematian itu, siapakah yang akan dituntut padahal si korban adalah si terdakwa itu sendiri-

Maksud bait syair ini, kita berhak merasakan sakit dan menderita sebab kita adalah penyebab utama dari semua yang terjadi pada diri kita. Seseorang yang berasal dari Andalusia menyombongkan dirinya karena bisa merasakan suka yang melebihi batas.

-Sebelum aku, orang mengeluh berat berpisah, dan ketakutan muncul pada yang mati dan yang hidup.
Jika rusuk2ku menghimpun, maka aku tidak akan lagi mendengar dan tidak pula melihat-

Bila saja diantara tulang2nya berhimpun ketaqwaan, dzikir, kesadaran rohani dan ilahiyah, maka kebenaran akan bisa dicapai. Disamping itu, bukti akan menjadi semakin jelas dan kebenaran akan terlihat.

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syetan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang2 yang bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syetan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan2nya” (QS Al A’raf : 200 – 201)

Ibnul Qayyim telah memberikan terapi yang sangat manjur tentang masalah ini dalam bukunya yang sangat terkenal Ad Da’wad Dawa’ atau Al Jawab asy Syafi’ an Man Sa’ala ‘anid Dawa’ asy Syafi’. Saya sarankan pembaca untuk merujuk kepada kedua buku tersebut. Rasa suka yang berlebihan itu banyak sebabnya. Diantaranya,

1. Hati yang tidak terisi oleh rasa cinta, rasa syukur, dzikir, dan ibadah kepada Allah.
2. Membiarkan mata jalang. Mengumbar mata adalah jalan yang menghantarkan pada kesedihan dan keresahan :

“Katakanlah kepada orang2 laki2 yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..” (QS An Nur:30)

Rasulullah juga bersabda: ‘Pandangan (mata) itu adalah satu dari sekian banyak anak panah iblis’

-Jika kau liarkan matamu kepada semua mata, maka semua pemandangan akan membuatmu lelah.
Kaulihat pemandangan, tapi tak seluruhnya mampu kau lihat dan kau tatap-

3. Meremehkan ibadah, dzikir, doa, dan sholat nafilah. “Sesungguhnya sholat itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar” (QS Al Ankabut : 45)

Ada pun obatnya,
“Demikianlah, agar Kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih” (QS Yusuf: 24)

1. Berusaha untuk selalu berada dipintu2 ibadah dan memohon kesembuhan kepada Yang Maha Agung.

2. Merendahkan pandangan dan menjaga kemaluan. “..mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya..”(QS An Nuur : 30), ” Dan orang2 yang menjaga kemaluan mereka” (QS Al Mu’minun : 5)

3. Menjauhkan hati dari hal2 yang bisa mengikatnya dan berusaha melupakannya.

4. Menyibukkan diri dengan amal sholeh dan berguna. ” Sesungguhnya mereka adalah orang2 yang bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami denagn harap dan cemas ” (QS. Al-anbiya : 21)

5. Menikah secara syar’i. ” Maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi ” (QS. An Nisa : 3)

” Dan, diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya “. (QS. Ar Rum : 21)

Rasulullah bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang sudah mampu untuk menikah, hendaklah menikah.”

Wednesday, June 23, 2010

Di sebalik Cermin Mata Patah

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yg dgn itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yg dgn itu mereka dpt mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yg buta, tetapi yg buta ialah HATI yg ada dlm dada.." (Al-Hajj:46)

 

        Biar buta mata atau kabur pandangan mata..tapi jangan BUTA HATI.. Allahu akbar..subhanallah..hari ni musibah melanda diri. Cermin mata ana yang baru dibaiki pada Mei lalu sekali lagi pecah disebabkan terentak. Sekali lagi terpaksa meraba dalam kekaburan selama beberapa hari. Penah cuba untuk memakai kanta lekap..tapi ana tak pandai pakai..huhu.

 

          Sedih sangat hati ni bila mengenang semula cermin mata yang telah pecah untuk kali kedua . Awal tahun dahulu cermin mata yang lama pecah, sekarang cermin mata baru pun dah pecah...betul-betul buat ana rasa sedih.

 

         Tapi bila terpandang tafsir ayat daripada surah Al-Hajj di atas, ana berasa kaget sebentar. Subhanallah..musibah ni menyebabkan ana rasa insaf. Bayangkanlah kalau ana adalah insan yang buta hatinya itu?? Alangkah rugi dan takutnya..Ujian yang Allah turunkan ini adalah salah satu cara DIA membuka mata hati hamba-hambaNya yang leka, lalai dengan dunia..seperti ana agaknya.

 

         Betapa beruntung orang yang tersedar dari kelalaiannya lantas bangkit untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah yang Maha Pengampun..Ingat,hari esok belum tentu ada untuk kita...Ayuh Husna! bangkit dari kesedihanmu ...lantas menyucikan diri untuk mengadap TUANmu yang Maha Agung Kasih SayangNya...